Sunday, May 31, 2009

Naik Kuda

Pada suatu hari saya, abah, abang Huzaifah, abang Man dan adik Nuh pergi ke Pusat Ekuin Darulaman Park.

Di sana saya dapat belajar beberapa perkara tentang menunggang kuda.

Antaranya ialah;
  1. Jangan sesekali berada di belakang kuda.

  2. Pastikan anda memasang peralatan yang di perlukan seperti;
    1. Pelana (saddle)

    2. Tempat pemijak (stirrup)

    3. Tali kekang (rein)

    4. Itu sahaja yang saya tahu.

  3. pastikan anda memakai topi kuda.

  4. pastikan anda memakai but.

Itu sahaja pengajarannya.

Mula-mula abang Huzaifah naik kuda dahulu kemudian saya, diikuti oleh abang Man dan akhir sekali adik Nuh.

Saya rasa begitu gembira. Begitu juga dengan orang-orang lain. Tamat sesi menunggang kuda, kami pulang.

No comments: